Monday, July 9, 2007

Sejarah SK Sri Kelana




Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1986 dengan menumpang di bangunan SRK Kelana Jaya. Bermula dengan seramai 230 orang murid dan 9 orang guru.

En. Saw Ah Bah merupakan Guru Besar yang pertama dengan Puan Aminah Hashim dan Puan Lam sebagai Penolong-Penolong Kanan. Jawatankuasa protem PIBG ditubuhkan pada Julai 1986 dengan Dr. Nasaruddin sebagai Yang Dipertua. Perasmian penubuhan PIBG dilakukan pada 14 Mac 1987.

Pada 1 hb. Januari 1987 sekolah berpindah ke bangunan baru, bangunan yang ada sekarang dengan nama SRK Sri Kelana. Bilangan murid pula meningkat kepada 723 orang. En Mahzan Manan berjaya mencipta lagu sekolah.

Guru Besar yang kedua ialah En. Turis bin Wasimon yang mula bertugas pada penghujung tahun 1987 hingga Mac 1989.

Gred sekolah ditingkatkan ke gred A pada tahun 1989 apabila bilangan murid bertambah kepada seramai 1,171 orang.

En. Saupi Udin bin Tosir Ali telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini pada bulan April 1989 dan beliau bersara pada Januari 1993. Dengan persaraan beliau En. Ramli bin Mohd. Sharif telah menjalankan tugas Guru Besar sehingga En. Ismail bin Hj. Abd. Rais mengambil alih jawatan itu pada bulan Mei 1993 hingga Januari 1994. Mulai Februari 1994, En. Dzulkifli bin Jamhari dilantik sebagai Guru Besar yang kelima.

Senarai Guru Besar SKSK
1. En. Saw Ah Bah : 1986 - 1987
2. En. Turis Wasimin : 1987 - Mac 1989
3. En. Saupi Udin Tosir Ali : April 1989 - Jan 1993 (En. Ramli Mohd Sharif : Jan - Mei 1993)
4. En. Ismail Hj. Abd. Rais : Mei 1993 - Jan 1994
5. En. Dzulkifli Jamhari : Jan 1994 -

No comments: