Wednesday, July 10, 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-18 TAHUN 2013

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-18 SK Sri Kelana telah di adakan pada 7 Julai 2013 (Ahad) di Padang SK Sri Kelana dan dirasmikan oleh Puan Lisda Binti Abdul Moin, YDP PIBG.

Ikrar Kejohanan

Kami berikrar
Bahawa kami para peserta akan mengambil bahagian
dalam temasya sukan kali ke-18
dengan taat setia, menghormati dan mematuhi
undang-undang kesukanan dan peraturannya
Dengan penuh semangat
Demi untuk meningkatkan
mutu sukan sekolah, negeri dan negara

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam buku Kejohanan Olahraga Tahunan SK Sri Kelana kali ke-18 ini.

Majlis kejohanan olahraga ini merupakan aktiviti tahunan yang diharap dapat memantapkan prestasi pelajar agar seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, bukan sahaja dalam aspek kurikulum malahan dalam kokurikulum. Ini penting agar pelajar yang dihasilkan oleh sekolah benar-benar mantap selaras dengan matlamat negara untuk melahirkan generasi kelas pertama.

Kejohanan ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara warga Sekolah Kebangsaan Sri Kelana termasuklah warga PIBG. Dengan wujudnya sebuah komuniti SK Sri Kelana yang erat dan mantap, diharap dapat membantu meningkatkan lagi prestasi anak-anak SK Sri Kelana bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi juga aspek kesukanan.

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan ke-18 ini melalui sumbangan bukan sahaja berbentuk kewangan dan hadiah tetapi juga sumbangan dari segi tenaga. Semoga jasa tuan puan dirahmati oleh Allah SWT.

Sekian, salam hormat dari saya

Rosmawati bt. Mat Som
Guru Besar SK Sri Kelana

Saturday, March 9, 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Kelana kali Ke 25

Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Kelana kali Ke 25 telah di adakan pada 9 Mac 2013 (Sabtu) di Dewan Sri Budiman SK Sri Kelana dan telah di rasmikan oleh Madam Ong Chong Swen, Penyelaras Parlimen Kelana Jaya

Ucapan perasmian oleh Madam Ong.


Mesyuarat Agung PIBG di pengerusikan oleh Pn. Lisda.



Antara Ahli mesyuarat yang hadir.

AJK PIBG SK SRI KELANA SESI 2013/2014

Penasihat : Pn. Rosmawati Mat Som
YDP : Pn. Lisda Abdul Moin
NYDP : Tn. Hj. Aminuddin Che Mat Din
Setiausaha : Pn. Nur Jamilah Muhamad Shafar
Bendahari : Pn. Nor Shahireen Yusoff Azmi

AJK IBUBAPA:
En. Mohd Haizal
En. Mohd Adli
Tn. Hj. Zainal
En. Zulhasni
Pn. Ruzie
Pn. Nurin

Saturday, March 2, 2013

Gotong Royong Permuafakatan SK Sri Kelana

PIBG sesi 2012/2013 SK Sri Kelana telah mengadakan majlis gotong royong permuafakatan pada 2 Mac 2013 (Sabtu) bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tgh.

Cat Pagar


Cat Pagar
Cat Wakaf


Wednesday, November 7, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

SK Sri Kelana telah mengadakan majlis anugerah cemerlang 2012 pada 7 Nov. 2012 di Dewan Sri Budiman, SK Sri Kelana.




Saturday, September 29, 2012

Hari Keusahawanan

Pada 29 Sept. 2012 SK Sri Kelana telah menganjurkan Hari Keusahawanan bagi tujuan menambah dana tabung PIBG. Antara aktiviti yang diadakan adalah jualan makanan dan permainan disamping cabutan bertuah.

 "Lucky Draw"
"Golf Junior"

Thursday, June 21, 2012

SUKANTARA 2012




SUKANTARA 2012
TARIKH    : 21 JUN 2012
MASA        : 8.00 - 10.30 pagi
TEMPAT    : PADANG SKSK
Sukantara telah berjalan dengan lancar dan meriah pada hari ini. Persaingan antara rumah-rumah sukan yang bertanding adalah sengit kerana kesemua murid menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Keputusan sukantara akan diupdate dalam facebook SK Sri Kelana.

BENGKEL MATEMATIK UPSR 2012



BENGKEL MATEMATIK UPSR 2012
TARIKH   : 20 JUN 2012 (RABU)
MASA      : 2.30 - 4.30 petang
TEMPAT  : DEWAN SRI BUDIMAN, SK SRI KELANA
Satu bengkel matematik telah dijalankan melibatkan murid-murid tahun 6 sebagai persediaan menghadapi UPSR pada tahun ini. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hafiz, seorang guru pakar matematik dari SK Sungai Kapar Indah. Di dalam bengkel ini, beliau telah memberikan tips dan teknik mengira dengan lebih pantas dan tepat.Dengan adanya bengkel ini diharapkan dapat memberi motivasi dan semangat kepada semua murid tahun 6 SKSK.

Wednesday, June 20, 2012

LATIHAN RUMAH SUKAN 2012





LATIHAN RUMAH SUKAN 2012
TARIKH : 14 JUN 2012-20 JUN 2012
MASA     : 7.40-10.00 pagi
Persiapan menghadapi sukantara sedang rancak dijalankan pada setiap pagi.
Rumah sukan yang bertanding ialah rumah merah, rumah biru, rumah hijau dan rumah kuning. Kesemua murid telah menunjukkan kesungguhan dalam latihan yang dijalankan.

MENARA PEMANCAR YTL

PERKHIDMATAN 1BESTARINET KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Menara Pemancar YTL ini mula dipasang pada 24 April 2012. 
Ia berfungsi membekalkan perkhidmatan internet di SK Sri Kelana.

Sunday, May 20, 2012

BENGKEL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)




 


BENGKEL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
TARIKH  : 19 MEI 2012
MASA      : 8.00 PAGI - 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI BUDIMAN


Bengkel PBS ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Johari Bin Ahmad dan Encik Zakaria Bin Ismail dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Diharap segala ilmu yang telah dicurahkan dalam bengkel ini dapat membantu guru SKSK memahami PBS dengan mendalam seterusnya menjalankan PBS di sekolah dengan lancar.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012



SAMBUTAN HARI GURU 2012
TARIKH : 16 MEI 2012
Sambutan Hari Guru SKSK telah berlangsung dengan suasana yang meriah. Sambutan bermula dengan bacaan ikrar dan nyanyian lagu hari guru daripada guru-guru SKSK. Seterusnya acara sukaneka dan pertandingan futsal telah dijalankan. Acara penamat adalah persembahan daripada murid-murid SKSK.

KARNIVAL BAHASA MELAYU

  


KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON 2
   TARIKH  : 14 MEI 2012
   TEMPAT : DEWAN SRI BUDIMAN, PUSAT SUMBER DAN BILIK 
                    MUZIK

SK Sri Kelana telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu (Peringkat 
Zon 2) pada 14 Mei yang lalu. Pertandingan yang telah dijalankan semasa 
karnival ini berlangsung adalah pertandingan pidato dan pertandingan 
bercerita. Kesemua sekolah dalam zon 2 telah menghantar peserta dan kesemua peserta telah memberikan persembahan yang hebat.

Saturday, May 12, 2012

PROGRAM ECO SCHOOL





PENYAMPAIAN HADIAH (ECO SCHOOL)
TARIKH : 8 MEI 2012
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN


Program Eco School SKSK merupakan program kesinambungan daripada Smart Ranger SKSK.Program ini diketuai oleh Encik Hamidi bertujuan memupuk minat murid-murid ke arah penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. SKSK telah menyertai Program IPG Lestari di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor pada 22 April lalu dan telah mendapat banyak reaksi positif daripada pihak di sana.

PROGRAM KITAR SEMULA UNTUK KEBAJIKAN
















PROGRAM PELANCARAN KITAR SEMULA UNTUK KEBAJIKAN
TARIKH : 7 MEI 2012 
MASA    :8.00 - 8.40 PAGI
TEMPAT : DEWAN SRI BUDIMAN


Smart Ranger SKSK yang diketuai oleh Encik Ong Kien Eik melancarkan Program Kitar Semula Untuk Kebajikan bertujuan membantu murid-murid SKSK yang kurang berkemampuan membeli cermin mata. Diharap dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan semangat dan usaha murid-murid SKSK untuk terus mencapai kecemerlangan.