Tuesday, April 24, 2012

MATLAMAT SEKOLAH

  1. Memastikan pelajar menguasai Bahasa Melayu yang sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi.
  2. Menekankan kepada pelajar pentingnya keupayaan bertutur, memahami dan membaca di dalam Bahasa Inggeris.
  3. Membimbing pelajar secara berterusan menguasai kemahiran 3M yang kukuh.
  4. Membina sikap dan perlakuan yang positif dan bernilai murni.
  5. Melahirkan pelajar yang cemerlang, berbakat, berdaya saing, berkempimpinan, berketrampilan, berdaya ikram dan penyayang.
  6. Mengukuhkan kekuatan fizikal mental pelajar.
  7. Meningkat keceriaan sekolah.
  8. Mengekalkan perhubungan yang erat dengan ibubapa dan masyarakat melalui perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
  9. Peka terhadap "Sekolah Sebagai Sebuah Institusi Masyarakat"

MOTO SEKOLAH


BERUSAHA UNTUK BERJAYA

MISI SEKOLAH

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
  • Melahirkan warga sekolah yang seimbang, harmonis, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif, berakhlak mulia dan penyayang.
  • Melahirkan insan yang mempunyai semangat cintakan negara, menghormati agama dan bermoral tinggi.
  • Mengeratkan hubungan dengan PIBG dan bekas pelajar serta masyarakat melalui perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
  • Mewujudkan suasana fizikal yang indah dan ceria.
  • Mewujudkan warga sekolah yang celik teknologi maklumat dan komunikasi.

VISI SEKOLAH

Kecemerlangan akademik,
Kecemerlangan ko-kurikulum,
Kecemerlangan emosi, jasmani dan rohani,
Kecemerlangan fizikal dan persekitaran,
Kecemerlangan profesionalisme,
Kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan.

LAGU SK SRI KELANA

Sekolah kita,
Sri Kelana,
Lambang kemajuan kita,
Tunaikan amanah,
Ibu dan bapa,
Hidup mesti berjasa,
Jasa guru kami,
Tak akan lupa,
Majukan diri sentiasa,
Amalkan Rukun Negara,
Capailah cita-cita,
Berusaha untuk berjaya,
Cogan kita bersama.

Saturday, April 21, 2012

Mesyuarat AJK PIBG SKSK Bil. 2/2012

Mesyuarat AJK PIBG SKSK Bil 2/2012 telah diadakan pada 21 April 2012 (Sabtu) bertempat di Dewan Budiman, SKSK.