Wednesday, July 10, 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-18 TAHUN 2013

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-18 SK Sri Kelana telah di adakan pada 7 Julai 2013 (Ahad) di Padang SK Sri Kelana dan dirasmikan oleh Puan Lisda Binti Abdul Moin, YDP PIBG.

Ikrar Kejohanan

Kami berikrar
Bahawa kami para peserta akan mengambil bahagian
dalam temasya sukan kali ke-18
dengan taat setia, menghormati dan mematuhi
undang-undang kesukanan dan peraturannya
Dengan penuh semangat
Demi untuk meningkatkan
mutu sukan sekolah, negeri dan negara

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam buku Kejohanan Olahraga Tahunan SK Sri Kelana kali ke-18 ini.

Majlis kejohanan olahraga ini merupakan aktiviti tahunan yang diharap dapat memantapkan prestasi pelajar agar seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, bukan sahaja dalam aspek kurikulum malahan dalam kokurikulum. Ini penting agar pelajar yang dihasilkan oleh sekolah benar-benar mantap selaras dengan matlamat negara untuk melahirkan generasi kelas pertama.

Kejohanan ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara warga Sekolah Kebangsaan Sri Kelana termasuklah warga PIBG. Dengan wujudnya sebuah komuniti SK Sri Kelana yang erat dan mantap, diharap dapat membantu meningkatkan lagi prestasi anak-anak SK Sri Kelana bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi juga aspek kesukanan.

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan ke-18 ini melalui sumbangan bukan sahaja berbentuk kewangan dan hadiah tetapi juga sumbangan dari segi tenaga. Semoga jasa tuan puan dirahmati oleh Allah SWT.

Sekian, salam hormat dari saya

Rosmawati bt. Mat Som
Guru Besar SK Sri Kelana