Wednesday, July 11, 2007

Sesi Latihan Taekwado di SKSK


Sesi Latihan Taekwando SKSK telah di adakan pada 8 Julai 2007, Sabtu jam 9.30 pagi

Mesyuarat PIBG SKSK Sesi 2007/2008 Bil 2


Mesyuarat AJK PIBG SKSK Sesi 2007/2008 Bil 2 telah diadakan pada 8 Julai 2007 dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di Bilik Guru SKSK.

Monday, July 9, 2007

Matlamat SKSK

1. Memastikan pelajar menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi.
2. Menekankan kepada pelajar pentingnya berkeupayaan bertutur, memahami dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
3. Membimbing pelajar secara berterusan menguasai lemahiran 3M yang kukuh.
4. Membina sikap dan perlakuan yang positif dan bernilai murni.
5. Melahirkan pelajar yang cemerlang, berbakat, berdaya saing, berkemimpinan, berketerampilan dan berbudaya ikram dan penyayang.
6. Mengukur kekuatan fizikal dan mental pelajar.
7. Meningkatkan keceriaan sekolah
8. Mengekalkan perhubungan yang erat dengan ibu bapa dan masyarakat melalui perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
9. Peka terhadap "Sekolah Sebagai Sebuah Institusi Masyarakat"

Piagam Pelanggan SKSK


Penyayang, Bermoral Tinggi dan Berdedikasi

SK Sri Kelana (SKSK) berazam melahirkan insan yang mampu mengisi matlamat wawasan pendidikan dan membentuk persekitaran yang berbudaya ilmu, ikram dan penyayang yang prihatin terhadap kebajikan dan kecemerlangan pelajar serta aspirasi Ibu Bapa dan Masyarakat

Falsafah SKSK

Usaha-usaha pendidikan yang berkesandan berterusan serta bimbingan yang gigih di Sri Kelana akan melahirkan individu-individu yang berdisiplin dan berjiwa tinggi yang dapat mencapai kecemerlangandan kesejahteraan dalam semua bidang kehidupan selaras demgan aspirasi ibubapa, masyarakat dan negara.

Sejarah SK Sri Kelana




Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1986 dengan menumpang di bangunan SRK Kelana Jaya. Bermula dengan seramai 230 orang murid dan 9 orang guru.

En. Saw Ah Bah merupakan Guru Besar yang pertama dengan Puan Aminah Hashim dan Puan Lam sebagai Penolong-Penolong Kanan. Jawatankuasa protem PIBG ditubuhkan pada Julai 1986 dengan Dr. Nasaruddin sebagai Yang Dipertua. Perasmian penubuhan PIBG dilakukan pada 14 Mac 1987.

Pada 1 hb. Januari 1987 sekolah berpindah ke bangunan baru, bangunan yang ada sekarang dengan nama SRK Sri Kelana. Bilangan murid pula meningkat kepada 723 orang. En Mahzan Manan berjaya mencipta lagu sekolah.

Guru Besar yang kedua ialah En. Turis bin Wasimon yang mula bertugas pada penghujung tahun 1987 hingga Mac 1989.

Gred sekolah ditingkatkan ke gred A pada tahun 1989 apabila bilangan murid bertambah kepada seramai 1,171 orang.

En. Saupi Udin bin Tosir Ali telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini pada bulan April 1989 dan beliau bersara pada Januari 1993. Dengan persaraan beliau En. Ramli bin Mohd. Sharif telah menjalankan tugas Guru Besar sehingga En. Ismail bin Hj. Abd. Rais mengambil alih jawatan itu pada bulan Mei 1993 hingga Januari 1994. Mulai Februari 1994, En. Dzulkifli bin Jamhari dilantik sebagai Guru Besar yang kelima.

Senarai Guru Besar SKSK
1. En. Saw Ah Bah : 1986 - 1987
2. En. Turis Wasimin : 1987 - Mac 1989
3. En. Saupi Udin Tosir Ali : April 1989 - Jan 1993 (En. Ramli Mohd Sharif : Jan - Mei 1993)
4. En. Ismail Hj. Abd. Rais : Mei 1993 - Jan 1994
5. En. Dzulkifli Jamhari : Jan 1994 -

Thursday, July 5, 2007

Hari Kitar Semula Kebangsaan & Hari Recyclethon 2006 SKSK





Majlis sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2006 SKSK peringkat MBPJ dan Hari Recyclethon SKSK

AJK PIBG SKSK Tahun 2007/2008

Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SKSK Sesi 2007/2008

Penasihat : Pn. Rohayah bt Mohamad Sarif
YDP : Tn. Hj. Abu Shukor b Jangga
NYDP : Dr. Amir Feisal Merican b Aljunid Merican
Setiausaha : Pn. Hasrina bt Hassan
Bendahari : Pn. Azura bt Abu Bakar

AJK :
Tn. Hj. Zainal b Ahmad
Tn. Hj. Mohd Aminuddin b Hj Che Mat Din
En. S. Jayaraj
En. Mohd Salleh b Supian
En. Astornuddin b Omar
En. Rusdi b Said
En. Wan Mazlan b Wan Yunus
Pn. Hairani bt Othman
Pn. Izzatul Sakinah bt Abdullah
Pn. Kamalesh a/p Sivalingam

Juruaudit :
En. Mohd Rizal b Tamin
Pn. Siti Hajaroha bt Hamzah

Biro-Biro PIBG SKSK Tahun 2007/2008

Biro-Biro PIBG SKSK

1. Biro Pendidikan dan Pembanguan Insan
Fungsi : Pendidikan dan Pembangunan insan pelajar
Pengerusi : Dr. Amir Feisal Merican b Aljunid Merican
Naib Pengerusi : Pn. Quah
Setiausaha : Pn. Izzatul Sakinah bt Abdullah


2. Biro Kewangan
Fungsi : Mendapatkan sumber kewangan PIBG
Pengerusi : Tn. Hj. Zainal b Ahmad
Naib Pengerusi : Pn. Koh
Setiausaha : Pn. Kamalesh a/p Sivalingam


3. Biro Pembangunan dan Keceriaan
Fungsi : Keceriaan dan kemudahan pelajar
Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Aminuddin b Hj Che Mat Din
Naib Pengerusi : En. Astornuddin b Omar
Setiausaha : En. Rusdi b Said


4. Biro Sosial, Kebajikan dan Keselamatan
Fungsi : Kebajikan dan keselamatan pelajar
Pengerusi : En. S. Jayaraj
Naib Pengerusi : Pn. Inson
Setiausaha : Pn. Hairani bt Othman


5. Biro ICT & Penerbitan
Fungsi : Penerbitan Buletin 2x Setahun, Memantapkan Pendidikan & Pembelajaran ICT Guru/Pelajar
Pengerusi : En. Mohd Salleh bin Supian
Naib Pengerusi : Pn. Fatimah
Setiausaha : En. Wan Mazlan b Wan Yunus
Ahli : En. Palani

Majlis Gotong Royong SK Sri Kelana (SKSK)



Majlis Gotong Royong di SKSK



Pada 30 hb Jun 2007 (Sabtu), satu majlis gotong royong telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana yang melibatkan pelajar-pelajar dan ibubapa yang prihatin terhadap aktiviti yang diadakan di SKSK.

Gotong royong ini bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah